Selasa, 18 September 2007

Tips Pokok Citrus

1. Hampir 100% jenis limau @ citrus adalah jenis 'true to type' bermaksud
benih yang ditanam dari biji adalah serupa dengan pokok induknya dan
akan menghasilkan buah yang sama rupa dan rasa..

2. Pokok citrus akan menghasilkan bunga yang lengkap (jantan dan betina)
pada satu tangkai dan tidak memerlukan pendebungaan dengan pokok
lain...

3. Pokok citrus jangan dipangkas kerana akan melambatkan proses
pembungaan dan pembuahan...

4. 'Node' adalah bersamaan dengan buku ditangkai daun. Pokok citrus akan
mula berbunga apabila mencapai bilangan 'node' tertentu dan setiap
spesis citrus mempunyai keperluan 'node' yang berbeza...

5. Pokok citrus yang ditanam dari biji boleh dicepatkan proses
pembungaannya dengan melakukan teknik grafting dan budding iaitu
mengambil sedikit keratan dan mata tunas dari anak benih biji dan
memindahkannya kepada pokok induk yang telah matang dan berbuah..

6. Untuk menghasilkan buah citrus yang lebih besar, teknik 'girdling'
digunakan...

7. Untuk menghasilkan pokok citrus yang berbuah lebih besar DAN
pertumbuhan yang lambat (bantut)...teknik 'bark reversal'
atau 'reverse girdling' dilakukan pada pangkal pokok... tapi sekiranya
silap buat...keseluruhan pokok akan mati

8. Sekiranya ingin mengambil keratan batang citrus...digalakkan ambil
didahan yang paling hujung / tinggi kerana akan lebih ceat berbunga
dibandingkan dahan dibahagian bawah kerana 'Bilangan Node' (Node
Count) nya lebih tinggi..

sumber : TP 'tamanflora' yahoogroups.

Indigenous Micro-organisms (IMO)

Hari nie sy cuba buat IMO berdasarkan maklumat dari dolms[tamanflora]..tq dolms

19/sept/07

1.1 kilo nasi di letakkan ke dalam bekas plastik, tutup dengan kertas putih, kain atau guni, kemudia terbalikkan dan tanam bawah pokok buluh. tutp dengan tanah atau daun buluh.

2. sungkup dengan plastik agar air hujan x masuk ke dlm lubang.

3. Peram selama 5-6 hari.

4. selepas 5-6 hari, campurkan 1/3 kg molas/gula merah serta 1 liter air [hujan/telaga] dan letakkan di tempat yg sejuk.

5. Peram selama 10 hari

6. Boleh guna.

Wish me luck ok...

Racun Organik

Racun Organik

Bahan2

1. 2 ulas bwang putih
2. 1 ulas bawang merah
3. 10 biji terung pipit
4. 1 helai serai wangi
5. 1 sudu minyak masak

campurkan air 1/2 blender.blender bahan2 tadi dan campur 1 sudu sabun. kemudian peram dalam bekas plastik dan tutup selama 2 hari. kemudian di campur 1 bhg air lagi....total jadi dalam 1 liter[anggaran].

1. untuk semut gatal/merah - guna terus
2. utk aphids cair 1:4

serangga lain dalam proses percubaan.

selamat mencuba.

Ahad, 9 September 2007

Kebun Saya

Assalamualaikum,

Dengan lafaz Bissmillahirrahmanirrahim...

Hari ini sy telah menyiapkan fence yang diperbuat daripada buluh bagi mengelakkan ayam makan tanaman sy. Sebelum nie sy dah tanam pokok tomato, cili,labu kuning,lobak putih dan terung...sume kena wat ulam oleh ayam. yang tinggal cuma sepohon cili, sepohon tomato dan lobak putih 6 pohon..lobak selamat psl dok dalam pagar....cian aku..xpe2...pengalaman.

tadi dah semai

10 pohon cili besar
15 pohon terung
14 pohon tomato

kita tunggu dan lihat je la....btw cili 1st batch dah berbunga, buah kecik2 dah ade...dan si aphids dah dtg....nampaknya kena wat racun organik ler. okla

salam semua....semoga pokok2 ku sihat....walafiat